PUTRAJAYA: Sejumlah 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di Kulim Hi-Tech Park, Kedah (KHTP) tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
ST dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa kerajaan pada 13 Dis lepas bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna NUR Power Sdn Bhd di KHTP untuk tempoh itu.
"Berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi ini, kerajaan turut memutuskan supaya kos tampungan surcaj sebanyak RM0.73 juta dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaannya," menurut kenyataan itu.
Dengan pelaksanaan ICPT itu, pengguna domestik (tarif N1) dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah tidak dikenakan sebarang surcaj.
Sementara itu, pengguna domestik (tarif N1) dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj, manakala pengguna bukan domestik pula akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj.
ICPT merujuk kepada satu mekanisme di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang membolehkan kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global bahan api.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Dengan pelaksanaan ICPT itu, pengguna domestik (tarif N1) dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kWj dan ke bawah tidak dikenakan sebarang surcaj. - Foto KHTP
Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Singapura akan bekerjasama rapat dengan Malaysia sokong Kepengerusian ASEAN 2025
Singapura bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun depan.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
Pemuda lemas dihanyut arus ketika memancing
Seorang pemuda lemas manakala rakannya selamat akibat dihanyutkan arus ketika memancing di Pantai Batu Manikar, Labuan petang tadi.
KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa
Kementerian Pendidikan (KPM) terus menumpukan usaha melatih guru yang belum menguasai sepenuhnya penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dari semasa ke semasa.
Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia
Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih, semalam.
AWANI Ringkas: Program Geran Kreatif KL 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/05/2024] – Kalau Ada Laporan, Ada Siasatan | Sudah Teliti Dan Periksa | Pelaburan Strategi Semikonduktor | 16 Peratus Daripada Baki Litupan Hutan
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
AWANI Ringkas: Industri semikonduktor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun: Lelaki ditahan kerana cipta perisian hasad guna AI generatif
Polis Tokyo telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana didakwa mencipta perisian hasad menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) generatif yang tersedia dalam talian secara percuma.
Tarif elektrik: 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas
Sejumlah 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024.
Pestech peroleh kontrak pencawang kuasa voltan tinggi baharu bernilai RM68.5 juta
Pestech Sdn Bhd telah menerima surat lantikan tersebut daripada Nur Energy Services Sdn Bhd.
PIKAS untuk 30,000 pekerja sektor industri di HKTP bermula Sabtu ini
Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk 30,000 pekerja sektor industri di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim, akan diadakan di Kompleks Sukan KHTP, bermula Sabtu ini.
Syarikat asing bantu kembangkan Taman Teknologi Tinggi Kulim
Taman perindustrian itu dirancang dan dilaksana sebagai satu strategi dalam usaha mencapai Wawasan 2020 agar Malaysia menjadi negara perindustrian menjelang 2020.